Patient Education
Sahabat-sahabat untuk Kesihatan Oral yang Lebih Baik
prophylaxis 1x30.gif (38 bytes) home care

Siapakah dia sahabat-sahabat?
Kesihatan pergigian bermula dengan kebersihan oral yang bagus. Ini memerlukan penjagaan profesional dan arahan-arahan yang diberikan oleh doktor gigi dan pakar pergigian kesihatan serta bergabung dengan penjagaan yang betul di rumah oleh anda. Ini adalah persahabatan. Apabila anda mengikuti routin penjagaan di rumah dan selalu ada penjagaan profesional, anda boleh mengekalkan gigi-gigi dan gusi yang lebih sihat.

Mengapakah anda memerlukan "prophylaxis" ( pencucian profesional)?
Pencucian profesional menanggalkan plaque, tartar dan pencemaran warna daripada gigi. Pencucian ini akan dilakukan oleh doktor gigi atau pakar pergigian kesihatan, profesional-profesional berlesen yang melakukan "prophylaxis" ( pencucian profesional)di pusat perubatan serta memberikan pendidikan yang betul dalam cara menjaga gigi dan gusi.

Apakah dia plaque?
Plaque adalah firma-firma melekat yang dibentuk pada kesemua kawasan-kawasan gigi. Ia mengandungi bakteria, hasil tindakbalas bakteria dan ludah anda. Bakteria plaque menggunakan gula dan sumber-sumber karbohidrat lain untuk membesar and membentuk asid-asid yang bertindakbalas dengan enamel menghasilkan kaviti. Plaque yang membina di sepanjang garisgusi dan di antara gigi di tempat-tempat yang susah diberus akan menjadi bahaya. Bakteria dalam plaque menghasilkan toksin ynag boleh mengganggu gusi-gusi menyebabkan gusi-susi tersebut menjadi merah, bengkak serta berdarah; tanda-tanda yang biasa dikaitkan dengan "gingivitis". Mencamkan "gingivitis" adalah penting kerana penyakit ini boleh dipulihkan. Jikalau "gingivitis" dibiarkan, penyakit ini akan menjadi berat dan bertukar kepada penyakit "periodontitis". Maka, ini membuktikan kepentingan memberus dan mencuci di antara gigi-gigi dengan benang serat dan alatan cuci pergigian antara gigi ("interdental" cleaners) untuk menanggalkan plaque adalah penting untuk mengekalkan gigi-gigi dan gusi yang sihat.

Apakah "calculus" (tartar)?
Garam-garam galian dalam ludah apabila bergabung dengan plaque pada permukaan-permukaan gigi akan menjadi keras membentuk endapan yang dipanggil tartar. Tartar menghasilkan satu permukaan yang keras dan ini menjadikan plaque susah ditanggalkan. Berus gigi dan benang serat tidak boleh menanggalkan tartar yang telah dibentuk. Tartar hanya boleh dikeluarkan semasa "prophylaxis".

Apakah boleh "prophylaxis" buat yang anda tidak boleh buat sendiri?
Prophylaxis" adalah aturcara-aturcara mengasah dan mengilap yang dilakukan untuk mengeluarkan plaque biasa, tartar dan pencemaran-pencemaran. Sementara objektif terutama "prophylaxis" adalah meghalang penyakit gusi, ia boleh juga menjadikan gigi-gigi anda bersih dan berseri. Mengasah dilakukan dengan alatan-alatan untuk menanggalkan tartar dari gigi. Mengilap dilakukan dengan alatan bermotor dan ubat untuk menanggalkan plaque yang tertinggal dan pencemaran-pencemaran yang dihasilkan oleh setengah-tengah makanan, minuman dan rokok. Permukaan-permukaan yang telah digilap membuat permukaan tersebut susah dilekat oleh cebisan-cebisan makanan dan plaque.

Bagaimana anda boleh mendapatkan manfaat yang maxima dari penjagaan rutin di rumah.
Anda boleh memperbaiki kesihatan oral dengan menjadikan kawalan plaque dan tartar sebahagian dari rutin penjagaan anda.
Memberus gigi dengan betul menolong mengeluarkan plaque daripada kawasan-kawasan luar, dalam dan permukaan mengunyah. Satu arahan memberus yang betul ditunjukkan di bawah. Doktor gigi atau pakar pergigian kesihatan anda mungkin ada cdangan yang lain.
Menyerat gigi dengan lengkap menolong menanggalkan plaque dan cebisan-cebisan makanan di antara gigi terutamanya di kawasan-kawasan yang susah diberus dan di sepanjang garisgusi. Satu teknik menyerat ditunjukkan di bawah.

Gunakan ubat gigi berfluorid yang boleh melindungi gigi dari pembentukan kaviti serta mengurangkan pembentukan tartar, di antara perjumpaan doktor.
Ada satu pertolongan untuk anda…. Crest® Pengawalan tartar. Di antara pencucian profesional, Crest® Pengawalan tartar boleh menolong mengurangkan pembentukan tartar di atas garisgusi. Crest® pengawalan tartar telah ditentukan selamat dalam kinikal untuk enamel gigi dan gusi. Ia memberikan manfaat yang sama dalam menendang kaviti seperti ahli-ahli keluarga Crest® yang lain dan telah diterima oleh Persatuan Pergigian Amerika sebagai efektif dalam menghalang pereputan kegigian.

Berus dan Serat untuk Mendapatkan Keputusan yang Lebih Baik

Brush 1

Cara memberus:
1.Guna berus yang lembut untuk pencucian yang lengkap.

Brush 2 2. Pegang berus anda pada sudut 45 darjat. Mula memberus dari luar gigi depan. Gunakan langkah lembut selebar separuh gigi ke depan dan ke belakang.
Brush 3 3. Kemudian, berus di kawasan luar gigi belakang bermula di sepanjang garis gusi.
Brush 4 4. Guna langkah-langkah berus yang singkat serta bersudut pada kawasan dalam gigi belakang.
Brush 5 5. Gerak berus gigi supaya tegak lurus dan gunakan langkah-langkah berus atas dan bawah pada gigi depan.
Brush 6 6. Pegang berus gigi terlungkup dengan permukaan mengunyah dan gunakan langkah-langkah yang lembut.
1x30.gif (38 bytes)
Floss 1 Cara menyerat gigi:
1.Balut benang serat sepanjang 18 inci di antara dua jari tengah anda.
Floss 2 2. Masuk benang serat dengan perlahan-lahan di antara dua batang gigi.
Floss 3 3. Gerak benang serat dengan perlahan-lahan , mengeluarkan cebisan-cebisan makanan dan plaque.*
Floss 4 4. Guna kawasan benang serat yang baru bila anda berpindah dari satu batang gigi kepada batang gigi yang lain.

*Atau gunakan alatan-alatan cuci pergigian antara gigi yang lain.

Pastikan anda mengikut aturan-aturan penjagaan rumah yang khas yang diberikan oleh pakar-pakar profesional pergigian.

Hadcipta Target Media, Inc. Cincinnati, Ohio, 1993.


Terms and Conditions  |  P&G Privacy Statement
We adhere to the Better Business Bureau's Privacy Standards © 1996-2009 The Procter & Gamble Company, Cincinnati, Ohio, USA All rights reserved