Patient Education
Patient Handouts | Parent's Guides | Activity Sheets | Crest Consumer Site | History of Crest | Dental Health Month 2011
title, TMJ Diseases and Disorders

   
   
   

APAKAH ITU GANGGUAN DAN PENYAKIT-PENYAKIT TMJ?
Penyakit dan gangguan TMJ merujuk kepada sekumpulan keadaan kesihatan yang menyebabkan kesakitan dalam dan sekeliling sendi rahang (dipanggil sendi Temporomandibular atau TMJ) dan otot berdekatan. Masalah rahang menjejaskan kebolehan seseorang untuk bercakap, makan, mengunyah, menelan, dan juga bernafas.
sendi temporomandibular atau TMJ
APAKAH GEJALA GANGGUAN DAN PENYAKIT-PENYAKIT TMJ?
Kesakitan merupakan gejala yang paling biasa; walaupun begitu, sesetengah orang tidak mengalami kesakitan tetapi masih menghadapi masalah menggunakan rahang mereka.
    Gejalanya termasuk:
  • Sakit muka
  • Kesakitan pada sendi rahang dan kawasan berdekatan, termasuk telinga
  • Tidak dapat membuka mulut dengan selesa
  • Bunyi ketukan, bunyi pop atau berkeriut dalam sendi rahang
  • Rahang terkunci apabila mencuba membuka mulut
  • Sakit kepala
  • Gigitan yang tidak selesa atau merasa tidak ‘kena’
  • Bengkak pada sisi muka, leher, bahu, dan sakit belakang
Gejala lain termasuk: kenyaringan dalam telinga, sakit telinga, pengurangan pendengaran, pening, dan masalah kesihatan

Ingat bahawa ketidakselesaan kadang kala dalam sendi rahang atau otot mengunyah adalah biasa dan tidak membawa kebimbangan. Ramai orang dengan masalah TMJ sembuh tanpa rawatan. Sering kali masalah tersebut akan hilang secara sendiri dalam masa beberapa minggu atau bulan.

WAPAKAH YANG MENYEBABKAN GANGGUAN DAN PENYAKIT-PENYAKIT TMJ?
Tidak semua punca diketahui. Beberapa sebab yang mungkin termasuk kecederaan pada kawasan rahang, pelbagai bentuk sakit sendi tulang, prosedur pergigian, peregangan rahang yang berlaku semasa memasukkan tiub pernafasan sebelum pembedahan, dan mengetap atau mengisar gigi.

BAGAIMANA GANGGUAN DAN PENYAKIT-PENYAKIT TMJ DIRAWAT?

Rawatan Alir-balik
Menurut Institut Penyelidikan Pergigian dan Craniofacial Nasional di bawah Institut Kesihatan Nasional, rawatan TMJ haruslah boleh dialirkan balik bila-bila perlu. Ini bermaksud rawatan tersebut tidak boleh menyebabkan perubahan kekal pada rahang atau gigi.

Contoh rawatan yang boleh diterbalikkan ialah:
  • Ubat sakit yang diperoleh dari kaunter perubatan
  • Perubatan yang berpreskripsi
  • Senaman lembut untuk peregangan dan pengenduran rahang
  • Splin penstabilan (plat gigitan, perlindung malam)

Rawatan tanpa alir-balik
Menurut Institut Penyelidikan Pergigian dan Craniofacial Nasional di bawah Institut Kesihatan Nasional, rawatan tanpa alir-balik adalah tidak terbukti akan berfungsi dan mungkin akan memperdalamkan sebab masalah.

Contoh rawatan tanpa alir-balik ialah:
  • Pelarasan gigitan dengan mengisarkan gigi
  • Kerja-kerja pergigian yang banyak
  • Penempatan semula splin mandibel
  • Ortodontik
  • Prosedur surgikal termasuk menganti keseluruhan atau sebahagian sendi rahang

ADAKAH RAWATAN UNTUK GANGGUAN DAN PENYAKIT TMJ DILINDUNGI OLEH INSURANS?
Kebanyakan pelan insurans perubatan dan pergigian tidak melindungi rawatan sendi rahang dan gangguan otot, atau hanya membayar untuk sesetengah prosedur. Hubungi syarikat insurans anda untuk mengetahui rawatan mana yang dilindungi.

PENYELIDIKAN MASA HADAPAN
Lebih banyak penyelidikan diperlukan. Saintis tidak faham dengan jelas apa yang menyebabkan kebanyakan masalah TMJ, cara untuk mendiagnosis, cara untuk merawatnya dengan berkesan, dan cara untuk mencegahnya daripada terjadi.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Persatuan TMJ, organisasi sokongan pesakit nasional, telah menjadi penaja bersama untuk tiga perjumpaan saintifik antarabangsa dengan Institut Kesihatan Nasional untuk menangani bidang yang berkepentingan ini. Butiran mengenai perjumpaan ini dan lebih banyak maklumat mengenai gangguan dan penyakit TMJ boleh dijumpai di laman web Persatuan TMJ, www.tmj.org.
Imej yang berpautan dengan Persatuan TMJ




Terms and Conditions  |  P&G Privacy Statement
We adhere to the Better Business Bureau's Privacy Standards © 1996-2009 The Procter & Gamble Company, Cincinnati, Ohio, USA All rights reserved